Berita

Perpatih Fest bermula Jumaat ini

SEREMBAN: Perpatih Fest 2025 bakal membuka tirainya pada Jumaat ini di Muzium Negeri, Seremban.

Ia merupakan acara tahunan yang dianjurkan bagi memperkenalkan budaya Adat Perpatih yang terdapat di Negeri Sembilan kepada orang ramai.

Acara ini akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini sehingga Ahad ini.

Pelbagai acara dan pameran menarik akan diadakan untuk pengunjung.

Terdapat juga reruai yang diisi oleh provinsi Sumatera Barat dan provinsi Riau.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

Show More

Related Articles

Back to top button