Berita
PKR dan PH dijangka menjadi tunjang pemerintahan negara
PUTRAJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka menjadi tunjang pemerintahan negara untuk beberapa tahun akan datang.
Naib Presiden PKR, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, oleh sebab itu PKR harus menjadi inkubator mencetak dan membekalkan pemimpin yang berkualiti untuk dipilih oleh rakyat.
“Justeru itu, semua peringkat harus memikirkan agenda dan kepimpinan Peremajaan Parti dengan kombinasi kepimpinan senior-junior.
“PKR juga perlu kehadapan untuk memahami aspirasi, kehendak, karakter dan citra generasi muda terutamanya mereka yang lahir selepas tahun 2000,” ujar Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Ucapan Penggulungan Kongres PKR 2023 di Putrajaya International Convention Centre.