Prinsip MADANI perlu diterapkan dalam nilai diri penjawat awam Negeri Sembilan

SEREMBAN: Penghayatan prinsip-prinsip MADANI iaitu KeMampanan, KesejAhteraan, Daya Cipta, HormAt, KeyakinaN dan Ihsan bukan sahaja dizahirkan pada slogan dan poster tetapi perlu diterapkan dalam nilai diri dan akhlak seluruh penjawat awam di negeri ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelbagai usaha dan inisiatif telah dijalankan oleh Kerajaan MADANI sejak mengambil alih kepimpinan negara ini pada 24 November 2022.
Sejak penubuhannya, Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejAhteraan rakyat dan memajukan negara dan ini termasuk:
1. Memperkuat Ekonomi MADANI.
2. Menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan Mampan.
3. Reformasi fiskal untuk mengurangkan defisit negara secara berperingkat dan meningkatkan keberkesanan perbelanjaan awam.
4. Menjana Perubahan dan Reformasi Struktur.
5. Menyusun semula dasar untuk meningkatkan daya tahan ekonomi serta kecekapan institusi.
6. Melaksanakan reformasi dalam pengurusan kewangan dan undang-undang untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.
7. MensejAhterakan rakyat dengan menumpukan kepada kebajikan rakyat melalui subsidi yang disasarkan dan bantuan sosial yang tepat.
8. Pembangunan sektor pendidikan, kesihatan, dan perumahan yang lebih inklusif dan efektif.
“Kesemuanya itu merupakan inisiatif-inisiatif yang selaras dengan prinsip teras MADANI,” jelas Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Program Jelajah Taat Setia MADANI Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Zafir Ibrahim.