Berita

Program Semarak Dhuha Madani bina masyarakat berakhlak

AMPANGAN: Program Semarak Dhuha Madani 2025 Siri Kelima telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Masjid Dato’ Klana Petra Mubarak Al-Haj, Sungai Landak.

Program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah diikuti dengan bacaan Al-Mathurat Sughra.

Seramai 120 orang jemaah yang terdiri daripada kaum ibu bapa, warga emas serta masyarakat setempat telah hadir dan menunjukkan komitmen tinggi terhadap program pengimarahan masjid dan penghayatan nilai-nilai Islam.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman yang juga Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO.

Pengisian utama program ialah ceramah Tadabbur Surah Al-Hujurat yang disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Ustaz Nor Azman Mohamad.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan budaya ilmu, tetapi juga memperkukuh semangat ukhuwah dan membina masyarakat yang beradab serta berakhlak mulia selaras dengan tuntutan Islam.

Show More

Related Articles

Back to top button