REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam menyerahkan sumbangan keceriaan tahunan RM200 kepada 197 warga emas dari DUN Repah.
“Bagi fasa pertama, seramai 197 orang warga emas yang terpilih menerima sumbangan ini dari pelbagai lapisan kaum masyarakat.
“Bagi Fasa Kedua dijangka seramai 500 orang warga emas yang layak bakal menerima bantuan ini dalam masa terdekat.
“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak memberi penghargaan dan keceriaan kepada golongan warga emas,” ujar Veerapan.