Berita

RM9.87 juta diperuntuk kukuhkan penyampaian awam

SEREMBAN: Sebanyak RM9.87 juta diperuntukkan bagi mengukuhkan sistem penyampaian awam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ini bagi memastikan sistem tersebut lebih cekap sejajar dengan Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan (PEDNS).

“Jaringan internet yang meluas dan kebolehcapaian yang tinggi sudah pasti dapat menyokong pengukuhan tadbir urus digital ini.

“Seterusnya, teknologi sebegini juga dapat diaplikasikan dalam pelbagai sektor seperti pertanian.

“Sebagai contoh kita dapat melihat teknologi ini diaplikasikan di Sendayan yang menggunakan kaedah pertanian teknologi moden,” ujar Aminuddin

Show More

Related Articles

Back to top button