Berita
Rumah warga emas rosak teruk dapat perhatian segera Veerapan
REPAH: Rumah seorang warga emas yang rosak teruk akibat dimakan anai-anai mendapat perhatian segera Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam.
“Bumbung rumah Encik Tan Kim Hock, 60, di Kampung Baru Tampin juga bocor dan rumah ini tiada kemudahan bilik air serta tandas.
“Saya telah menggunakan peruntukan P56 dan melantik kontraktor untuk menyiapkan kerja-kerja membaik pulih rumah beliau.
“Sebuah bilik air dan tandas juga telah dibina.
“Saya berharap Encik Tan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selesa selepas ini,” kata Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.