Menarik

Tiga orang penduduk Seremban Jaya terima sumbangan kewangan dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Tiga orang penduduk Taman Seremban Jaya terima sumbangan kewangan berbentuk cek daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, mereka yang menerima sumbangan tersebut adalah Encik Yahya Isnin, Encik Encik Periyathambi Selevem, dan Adik Rupini Chandran.

“Encik Yahya merupakan Pengerusi KRT Fasa 4, Taman Seremban Jaya dan sumbangan ini bertujuan untuk melaksanakan Program Jamuan Hari Raya.

“Sumbangan kepada Encik Periyathambi pula kerana beliau kehilangan kaki kanan beliau kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Manakala Adik Rupini pula anak yatim piatu dan tinggal bersama tiga adik beradiknya yang lain dan dijaga oleh nenek mereka.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat mengurangkan beban penerima,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button