Anuar Ceesay bergelar Jang

SEREMBAN: Pemain muda berusia 23 tahun, Anuar Ceesay, diumumkan semalam sebagai satu lagi rekrut baharu Negeri Sembilan Football Club (NSFC) bagi menghadapi saingan musim akan datang.
Anuar dibawa masuk daripada UM-Damansara United dengan kontrak jangka panjang, selari dengan perancangan pembangunan skuad berkenaan.
Pemain kelahiran Cardiff itu merupakan kacukan Malaysia-England-Gambia dan dilihat sebagai aset masa depan pasukan.
Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus berkata, Anuar adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang skuad Jang.
“Walaupun memiliki darah Malaysia, Anuar ketika ini masih berstatus pemain import.
“Pihak kelab juga sedang mempertimbangkan perancangan terbaik bagi baki musim ini supaya beliau dapat memperoleh lebih banyak minit permainan sebagai persediaan menghadapi musim baharu,” katanya.



