Berita

Sembilan pelajar terima Biasiswa Anak Negeri daripada Razali

SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah menyampaikan Biasiswa Anak Negeri (BAN) kepada sembilan orang pelajar.

Mohd Razali berkata, penerima terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah.

“BAN merupakan inisiatif daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk pelajar yang kurang berkemampuan.

“Saya berharap agar biasiswa ini dapat digunakan dengan sebaiknya di samping meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Sumbangan ini telah diberikan kepada ibu bapa pelajar,” kata Mohd Razali.

Show More

Related Articles

Back to top button