Berita
Semua PPS Negeri Sembilan telah ditutup
SEREMBAN: Semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di Negeri Sembilan telah ditutup pada jam 2:30 petang semalam.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, secara keseluruhannya seramai 1,103 mangsa yang ditempat di PPS.
“Tahniah dan terima kasih kepada seluruh Barisan Pengurusan Bencana Negeri Sembilan dan Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah yang bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab,” kata Aminuddin.