YB Kita

SJKT Ladang Regent terima sumbangan RM15,000 daripada Veerapan

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah menyumbang RM15,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Repah.

Veerapan Superamaniam berkata, kerajaan terus menunjukkan komitmennya terhadap kebajikan rakyat dengan mengambil langkah proaktif dalam membantu institusi pendidikan dalam kawasan beliau.

“Dalam satu majlis di sekolah pada awal tahun ini, pihak PIBG SJKT Ladang Regent telah memohon dana untuk menaiktaraf bilik guru termasuk peralatan.

“Sebagai respons kepada permohonan tersebut, saya telah menghantar surat kepada Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong bagi memohon peruntukan yang diperlukan.

“Berkat usaha dan keprihatinan, Kementerian Sumber Manusia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15,000 untuk PIBG SJKT Ladang Regent.

“Di harap peruntukan ini akan digunakan untuk proses naiktaraf bilik guru mengikut maksud permohonan seterusnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan suasana pembelajaran di sekolah tersebut,” kata Veerapan.

Veerapan dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada keprihatinan YB Menteri.

Show More

Related Articles

Back to top button