Berita

Sumber minyak mentah menyusut

KOTA BHARU: Sumber minyak mentah di Semenanjung Malaysia mencatatkan penurunan sebanyak 50 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakang.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sumber berkenaan sebelum ini memberi kelebihan kepada pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan.

“Hanya Sabah dan Sarawak sahaja sumber minyak dan gas oleh kerana penemuan terbaru dan bukannya di Semenanjung.

“Di Semenanjung, kita semakin kehabisan minyak dan gas.

“Dalam tempoh lima hingga 10 tahun sebelum ini, jumlah pengeluaran minyak ialah 700,000 tong sehari, namun berkurangan sehingga 350,000 sehari.

“Kekurangan ini menjadi cabaran besar kepada kerajaan dalam soal mengagihkan dan menentukan peruntukan ke negeri.

“Di Semenanjung, kita import lebih 30 peratus gas untuk menjana elektrik dalam industri dan jika tidak berhati-hati atau tidak ada langkah diambil, kita akan terus bergantung kepada negara asing,” kata Rafizi.

Show More

Related Articles

Back to top button