TABAH hasil resolusi Konvensyen Harapan Belia Negeri Sembilan
EKSKLUSIF: Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan atau nama singkatannya TABAH merupakan hasil resolusi Konvensyen Harapan Belia Negeri Sembilan.
Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, TABAH lahir daripada resolusi Konvensyen Harapan Belia Negeri Sembilan yang dianjurkan pada akhir tahun 2018 yang dirasmikan oleh Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang memberikan ucaptama dalam konvensyen tersebut.
“TABAH lahir pada tahun 2019 dan penubuhan TABAH ini bagi saya adalah untuk melihat bagaimana kita boleh menjadi pusat sehenti atau pusat gerak kerja yang boleh menjadi tumpuan belia termasuk untuk pihak Majlis Belia Daerah, Majlis Belia Negeri dan NGO untuk berbincang dengan pihak kerajaan melalui TABAH ini,” katanya.