Berita

TABAH lahirkan golongan usahawan muda

EKSKLUSIF: Tabung Belia Harapan (TABAH) Negeri Sembilan merupakan platform untuk membantu anak muda yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.

Exco Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, oleh sebab itu, TABAH menghimpunkan usahawan belia di negeri ini supaya dapat bertukar pandangan juga berkongsi inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.

“Sebagai contoh, mereka boleh menggunakan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Mengikut rekod Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS), 60 peratus penerima TUNS adalah daripada golongan belia sama ada lelaki atau beliawanis.

“Kita juga turut mengadakan program buat mereka seperti pengurusan kewangan, panduan melaksanakan perniagaan inline dan memanfaatkan media sosial untuk tujuan promosi.

“TABAH juga turut menyantuni usahawan belia yang berstatus penjaja bagi melihat perkembangan semasam mereka,” kata Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button