Koperasi Mukim Titian Bintangor terima Modal Pusingan RM657,000

REPAH: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam telah menghadiri Majlis Perasmian Program Kesedaran Berkoperasi Bersama Komuniti India Negeri Sembilan sempena Perayaan Deepavali 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah.
Veerapan berkata, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta penglibatan komuniti India dalam gerakan koperasi sebagai platform menjana ekonomi dan memperkukuh jaringan komuniti.
“Saya juga menyatakan bahawa gerakan koperasi merupakan satu peluang sebenar kepada masyarakat untuk membina kekuatan ekonomi secara bersama.
“Dalam pada itu, saya menyerahkan mock cheque Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMPSKM) berjumlah RM657,000 kepada Koperasi Mukim Titian Bintangor, sebagai suntikan modal untuk memperkukuh operasi dan meluaskan aktiviti perniagaan koperasi serta bakul makanan kepada 30 buah keluarga yang memerlukan.
“Selain itu, turut diadakan Jualan MADANI Koperasi (JMK) yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan bersempena sambutan Deepavali.
“Inisiatif ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat yang hadir,” kata Veerapan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah.
Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Radiatul Fitri Dollah.




