Berita

Veerapan percaya MB akan umum beberapa inisiatif perkasa golongan usahawan kecil

SEREMBAN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam berkata, beliau percaya Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun akan mengumumkan beberapa inisiatif untuk golongan usahawan kecil semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2026 pada hari Jumaat (5 Disember 2025) ini.

“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Koperasi dan Kepenggunaan Bil. 2/2025 di Bilik Gerakan, Wisma Negeri.

“Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk pelaksanaan inisiatif bagi tahun 2025 dan keberkesanan yang berkait dengan usahawan.

“Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah Program NS Choice (Skim Pengiktirafan Kualiti SIRIM) dan dana TUNS.

“Menjelang pembentangan Belanjawan 2026 Negeri Sembilan, diharap akan diumumkan beberapa inisiatif bagi memperkasakan komuniti usahawan di Negeri Sembilan khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS),” ujar Veerapan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button