YB Kita

Veerapan terima kunjungan hormat penghulu baharu

REPAH: Tiga penghulu yang baru dilantik untuk Daerah Tampin, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah, Veerapan Superamaniam.

“Saya telah berkesempatan meluangkan masa berjumpa dengan beberapa wakil agensi kerajaan bertempat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah.

“Dalam pada itu, saya menerima kunjungan barisan penghulu yang baharu dilantik ke Daerah Tampin iaitu Muhamad Nizam Jusoh, Mohd Rosdi Yunos serta Mohd Rashid Kassim.

“Selain itu, saya juga menyampaikan hasrat demi pembangunan DUN Repah serta bertukar pandangan dengan mereka.

“Saya mengambil kesempatan itu mengucapkan tahniah atas perlantikan dan diharap pengalaman lepas digunakan demi pembangunan kawasan serta kerjasama yang jitu demi manfaat masyarakat setempat,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button