Berita

Zamrah santuni jentera dan pengundi Barisan Nasional

AMPANGAN: Calon Pakatan Harapan DUN Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman telah menyantuni jentera dan pengundi Barisan Nasional di Kampung Dusun Nyior.

Tengku Zamrah berkata, aktiviti adalah bagi mengeratkan lagi hubungan perpaduan yang terjalin.

“Sokongan yang diberikan mereka amat positif dan ada juga yang turut mendoakan kemenangan kepada saya dan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan,” kata Tengku Zamrah.

Tengku Zamrah turut menyatakan bahawa kerjasama yang diberikan BN amat baik.

“Mereka selalu bersama saya apabila saya melakukan aktiviti menyantuni pengundi ataupun walkabout di sekitar Ampangan.

“Saya amat menghargai bantuan mereka,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button