Berita
10 pelajar IPT terima sumbangan kewangan daripada Zailan
JOHOL: Penyelaras DUN Johol, Tuan Zailan Munawar telah memberikan sumbangan kewangan kepada 10 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Zailan berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu dan menggalakkan anak-anak di Negeri Sembilan untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.
“Semoga mereka yang menerima sumbangan ini dapat meneruskan kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.
“Sumbangan telah diserahkan kepada ibu bapa pelajar yang bertempat di Pejabat Penyelaras DUN Johol,” kata Zailan.