Aktiviti

103 individu terima sumbangan kewangan dari Aminuddin

GEMENCHEH: Seramai 29 pengusaha agromakanan dari DUN Gemencheh yang terjejas akibat banjir tahun lalu menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin menyerahkan sumbangan RM1,000 kepada setiap penerima.

Dalam pada itu, Aminuddin turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada 74 asnaf di Masjid Kampung Tengah.

“Besarlah harapan saya agar sumbangan yang disalurkan ini dapat memudahkan urusan dan memeriahkan sambutan Ramadan penerima.

“Tahniah dan terima kasih kepada Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin serta semua pihak yang terlibat menjayakan program ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin yang menyampaikan sumbangan tersebut setelah selesai solat Isyak dan Terawih berjemaah di Masjid Kampung Tengah, Gemencheh.

Turut hadir, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir dan Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button