Berita

1,200 anak ikan siakap dilepaskan di Sungai Sepang

PORT DICKSON: Sebanyak 1,200 ekor anak ikan siakap dilepaskan di Sungai Sepang.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, anak ikan tersebut dilepaskan bagi membantu menjaga kepentingan sungai.

“Selain itu, ia juga dapat meningkatkan aktiviti ekonomi bagi penduduk setempat pada masa akan datang.

“Dalam pada itu, saya juga ingin menyeru kepada orang ramai untuk menjaga kebersihan sungai kita.

“Hal ini demikian kerana, sungai merupakan salah satu sumber utama keperluan kita.

“Ia juga merupakan sumber bumi yang berharga dan perlu diurus sebaik mungkin,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button