Berita

14 atlet Negeri Sembilan terima insentif daripada Kerajaan Negeri

SEREMBAN: Seramai 14 orang atlet anak Negeri Sembilan telah menerima sumbangan insentif daripada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan tersebut adalah bertujuan bagi menghargai jasa mereka yang telah mewakili negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Atlet paralimpik kelahiran Negeri Sembilan juga turut menerima insentif yang diberikan hari ini.

“Saya juga ingin menyeru kepada semua masyarakat untuk memberi sokongan kepada atlet negara kita.

“Hal ini adalah kerana mereka merupakan sumber inspirasi dan kebanggaan kita,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button