Berita
162 asnaf terima bantuan duit raya daripada Aminuddin
SEREMBAN: Seramai 162 asnaf fakir dan miskin telah menerima bantuan duit raya daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, 162 asnaf tersebut merupakan daripada DUN Mambau, Rahang dan Bukit Kepayang.
“Bagi mereka yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pula akan menerima RM700 untuk asnaf fakir dan RM500 bagi asnaf miskin.
“Jumlah keseluruhan yang akan diagihkan kepada 4,524 asnaf adalah sebanyak RM1.35 juta.
Sumbangan ini adalah hasil dividen bagi Projek Khas Pembangunan Tanah MBI NS dengan Felcra Berhad diterima sejak tahun 2003,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Bantuan Fakir Miskin di Masjid Hussein, Seremban 2