Berita

Nicole anjur program edar sayur percuma

BUKIT KEPAYANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon telah mengadakan program edar sayur percuma di Pusat KRT Flat Cempaka, Seremban 2.

Nicole berkata, aktiviti ini diadakan bagi membantu mengurangkan beban rakyat Negeri Sembilan dalam keadaan kemelesetan ekonomi.

“Sayur ini telah diedarkan kepada semua penduduk di kawasan Garden Avenue.

“Saya berharap agar program ini dapat membantu rakyat khususnya penduduk DUN Bukit Kepayang dalam meringankan beban perbelanjaan,” kata Nicole.

Show More

Related Articles

Back to top button