20.6 tan barangan kitar semula berjaya dikutip di Bandar Ainsdale

SEREMBAN: Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama SWM Environment telah membangunkan dua buah Pusat Pandu Lalu KITARecycle di Nilai Impian dan Bandar Ainsdale sebagai sebahagian usaha memupuk budaya kitar semula dalam kalangan komuniti perbandaran.
Sehingga Mei 2025, sebanyak 20.6 tan barangan kitar semula berjaya dikutip di Bandar Ainsdale, manakala di Nilai Impian, program KITARecycle mencatatkan kutipan keseluruhan 14.6 tan melalui inisiatif Mobile Bergerak dan Pusat Pandu Lalu.
Inisiatif ini menyokong aspirasi negara ke arah ekonomi kitaran dan pengurangan sisa pepejal ke tapak pelupusan. Bersama kita amalkan kitar semula demi kelestarian alam.
Hantar bahan kitar semula anda ke fasiliti KITARecycle hari ini dan nikmati ganjaran mata KITARecycle.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Wira M.Noor Azman.
Turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan; J.Arul Kumar; Pengerusi SWCorp Malaysia, Hee Loy Sian.