Menarik
20 keluarga kurang kemampuan terima voucher barangan asas daripada Rajasekaran
SRI TANJUNG: Seramai 20 keluarga kurang berkemampuan terima sumbangan voucher bagi pembelian barangan keperluan asas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dr.G.Rajasekaran
Rajasekaran berkata, setiap keluarga menerima voucher bernilai RM80 dan muruku sempena Deepavali.
“Saya juga menyerahkan Insentif Kecemerlangan IPT kepada empat orang pelajar.
“Bantuan kewangan ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu anak-anak negeri yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat IPT,” katanya.
Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun merangkap Ahli Parlimen Port Dickson.