Berita

20 penduduk terima Sijil Khairat Kematian dari Rahman

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli menyampaikan Sijil Khairat Kematian kepada 22 penduduk Kampung Gajah Mati, Kampung Bukit Laka, Kampung Serting Ilir, Kampung Peladang dan Taman Serting Jaya.

Abdul Rahman berkata, Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta menerusi pelan Takaful Khairat Kematian membabitkan caruman kepada anggaran 34,562 orang ketua isi rumah di negeri ini.

“Jumlah pencarum itu adalah berdasarkan senarai e-Kasih Negeri Sembilan mulai 1 Ogos lalu untuk tempoh perlindungan selama 12 bulan.

“Inisiatif di bawah Belanjawan Negeri Sembilan 2021 ini adalah sebagai tanda simpati dan menzahirkan rasa prihatin dalam membantu meringankan beban waris.

“Pelan Takaful Khairat Kematian ini terbuka kepada rakyat yang layak tanpa mengira agama dan kaum,” jelas beliau.

Abdul Rahman berkata, caruman akan dibuat secara berfasa dan turut memberi perlindungan tambahan kepada isteri dan dua orang anak berumur 18 tahun ke bawah.

“Caruman ini membolehkan waris menerima bantuan kecemasan berjumlah RM2,000 selepas kematian individu yang dinamakan, manakala kematian akibat kemalangan akan menerima bantuan berjumlah RM 8,000,” katanya.

Majlis berlangsung di di Balai Raya Kampung Gajah Mati.

Show More

Related Articles

Back to top button