Berita

Pelajar kurang kemampuan terima sumbangan kewangan daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menghulurkan sumbangan kewangan kepada pelajar kurang berkemampuan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Rahang.

“Pelajar dari keluarga kurang kemampuan juga perlu mendapat pendidikan yang sempurna.

“Status kemiskinan tidak seharusnya menyebabkan pelajar ini tercicir daripada kecemerlangan pendidikan,” ujar Gunasekaren.

Gunasekaren berkata demikian di Majlis Perasmian Mesyuarat Persatuan PIBG SJKC Kampung Baru Rahang.

Dalam pada itu, Gunasekaren berkata, mesyuarat PIBG harus diadakan untuk membantu usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid dalam kegiatan mereka.

“Mesyuarat PIBG juga membolehkan ibu bapa dan guru bertukar-tukar pandangan dan cadangan serta maklumat mengenai pendidikan dan pelajar,” ujarnya.

Turut hadir, Pengerusi JPKK Kampung Baru Rahang, Encik Liew.

Show More

Related Articles

Back to top button