Berita

KBS jalin hubungan erat dengan BWF demi pembangunan badminton

KUALA LUMPUR: Delegasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Ts.Dr.Nagulendran Kangayatkarasu mengadakan mesyuarat bersama Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Ibu Pejabat BWF di Kuala Lumpur.

BWF merupakan badan sukan dunia yang menjadikan Malaysia sebagai hab pentadbiran badminton dunia sejak tahun 2005.

Dalam mesyuarat tersebut, Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund telah membentangkan mengenai perancangan BWF dalam memainkan peranan yang lebih efektif dalam memacu ekosistem badminton di peringkat global.

Dalam perbincangan tersebut, pihak KBS juga telah menyatakan komitmen dalam menjalin hubungan yang lebih erat serta memudahcara BWF dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Chan Hong Jin; Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA) KBS, Ahmad Faedzal Md Ramli serta para pegawai KBS.

Show More

Related Articles

Back to top button