Berita

Kepimpinan sekolah pengaruhi ekosistem sekolah

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah hadir ke Sesi Libat Urus Reformasi Sekolah bersama-sama dengan Pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) di seluruh negara.

Tujuan utama sesi ini diadakan adalah untuk mengetahui secara mendalam situasi di setiap sekolah, cabaran, peluang dan potensi yang perlu terus diterokai untuk meningkatkan prestasi.

Menerusi perkongsian beliau, Menteri Pendidikan menekankan mengenai kepentingan kepimpinan sekolah dalam menerajui sesuatu perubahan.

Beliau menambah, kepimpinan sekolah perlu berupaya untuk mempengaruhi ekosistem sekolah ke arah kebaikan seterusnya mewujudkan budaya kecemerlangan.

“Reformasi Sekolah adalah antara tumpuan utama Kementerian Pendidikan (KPM) pada tahun ini.

“Ia adalah sebahagian daripada Reformasi Pendidikan yang telah dimulakan pada tahun lalu yang bermatlamat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara demi manfaat seluruh masyarakat,” kata Fadhlina.

Show More

Related Articles

Back to top button