Berita

27 pelajar cemerlang SPM dan STAM terima hadiah dari Aminuddin

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyampaikan insentif kewangan kepada 27 pelajar cemerlang SPM dan STAM tahun 2020 dari DUN Sikamat.

“Seramai 26 pelajar memperolehi keputusan 6A ke atas dalam SPM dan seorang pelajar mencapai gred Mumtaz dalam STAM.

“Tahniah saya ucapkan kepada anak-anak saya yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang bagi peperiksaan tersebut.

“Saya berharap anak-anak ini terus berusaha dan mengekalkan momentum kejayaan di masa akan datang,” kata Aminuddin yang juga ADUN Sikamat.

Penyerahan sumbangan kewangan kepada pelajar ini diadakan secara berperingkat-peringkat dan mengikut SOP yang ditetapkan.

Aminuddin berkata, sekiranya ada pelajar dari DUN Sikamat yang memperoleh keputusan cemerlang 6A ke atas dalam peperiksaan SPM atau CGPA 3.5 ke atas dalam peperiksaan STPM atau Gred Mumtaz dalam peperiksaan STAM dan masih belum menerima ‘hadiah’ wang tunai ini; mereka diminta menghubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat untuk proses permohonan insentif tersebut.

Pelajar atau ibubapa pelajar boleh menghubungi Pusat Khidmat Rakyat Sikamat di talian 017-638 5361 (Encik Amir).

Pelajar cemerlang STPM (CGPA 3.50 ke atas) juga boleh membuat permohonan insentif kewangan dengan mengisi borang secara atas talian (online) di pautan/link berikut: https://forms.gle/HSgD2Xqwv1swcVpe7

Berikut senarai pelajar cemerlang yang menerima insentif kewangan dari Aminuddin:

1. Muhammad Al-Kauthar Affandy – STAM Mumtaz – Maahad Ahmadi, Gemencheh.

2. Muhammad Royzekry Daniel Royjefry – SPM 11A – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said.

3. Raja Soufiyudin Akmal Raja Sharikee – SPM 11A – Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

4. Muhammad Fikri Amin Mohd Zaki – SPM 11A – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said.

5. Wan Shan Ru – SPM 10A – Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa.

6. Ng Choi Yeng – SPM 10A – Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa.

7. Aisyah Husna Hanafi – SPM 10A – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said.

8. Ummi Nadhirah Abdul Razak – SPM 9A – Sekolah Menengah Sains Rembau.

9. Ummi Nadzirah Abdul Razak – SPM 9A – Sekolah Menengah Sains Rembau.

10. Sin Kai Qi – SPM 9A – Sekolah Tinggi Chung Hua.

11. Tony Chee Zhi Meng – SPM 9A – Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa.

12. Muhammad Anwar Mohd Dallye – SPM 9A – Maahad Ahmadi, Gemencheh.

13. Muhammad Afiq Mohd Yusof – SPM 9A – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said.

14. Nur Afiqah Maisarah Ismail – SPM 9A – Maahad Ahmadi, Gemencheh.

15. Nurfarhanah Zulaikha Mohd Fairus – SPM 9A – MRSM, Alor Gajah.

16. Iliya Dayana Zulazmi – SPM 9A – Sekolah Menengah Sains Rembau.

17. Muhammad Adli Danish Mohd Effendy – SPM 8A – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said.

18. Muhamad Akmal Izzat Zaini – SPM 8A – Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

19. Nur Balqish Umaira Khalid – SPM 8A – Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad.

20. Fatin Nornajwa Zakuan – SPM 8A – Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad.

21. Nurul Ain Natasha Mohd Alaudin – SPM 7A – Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar.

22. Nurul Ain – SPM 7A – Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani.

23. Nur Faiqah Samsor Azman – SPM 7A – Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd Redza.

24. Nur Ain Hassan – SPM 6A – Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah.

25. Hannah Zhafeerah Faizal – SPM 6A – Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan.

26. Najwa Idha Ahmad – SPM 6A – Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad.

27. Aina Betrisya Zaidi – SPM 6A – Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd Redza.

 

Show More

Related Articles

Back to top button