BeritaProgram

Kenapa penting kita faham tentang Baby Boomers, Gen X, Y, Z dan Alpha?

Kenapa penting kita faham tentang Baby Boomers, Gen X, Y, Z dan Alpha?

Kerana setiap generasi terbentuk dari zaman yang berbeza.Dan bila zaman berubah, cara fikir pun berubah dari cara bekerja, cara menjaga kesihatan, sampai ke apa yang dianggap ‘penting’ dalam hidup.

Baby Boomers (1946–1964)

Mereka lahir dalam zaman negara membangun.

Dibesarkan dengan semangat membina tanah air. Kerja tetap dianggap puncak kejayaan. Rehat bukan keutamaan. Ramai sanggup tahan sakit demi kerja, dan masih rasa bersalah kalau tak sibuk.Nilai keluarga, agama dan adat jadi tunjang hidup.

Gen X (1965–1980)

Anak kepada Boomers. Mereka berdikari, tak suka menyusahkan, dan terbiasa ‘pendam sendiri’.Sekarang, ramai tengah jaga anak remaja dan ibu bapa tua tersepit, tapi tetap teruskan.

Nilai utama mereka? Tanggungjawab.

Millennials / Gen Y (1981–1996)

Lahir masa Malaysia mula globalisasi.

Mereka mula persoal: kerja untuk hidup, atau hidup untuk kerja? Mereka cari makna, bukan semata-mata gaji. Lebih peka tentang kesihatan, hubungan, dan keseimbangan hidup.

Gen Z (1997–2012)

Anak era TikTok dan ‘cancel culture’.

Mereka terbuka, cepat belajar, dan tak takut bersuara. Tapi dalam masa sama mereka juga cepat cemas, rasa tertekan dengan dunia yang terlalu laju dan penuh perbandingan.

Gen Alpha (2013 ke atas)

Mereka lahir dalam dunia skrin.

Pandai swipe sebelum pandai tulis. Mereka akan hidup dalam dunia automasi, AI dan perubahan pantas.

Nilai mereka masih sedang dibentuk oleh kita, orang dewasa hari ini.

Kesihatan bukan hanya tentang badan ia tentang gaya hidup, tekanan, masa, dan cara seseorang menilai hidup mereka.

Bila kita faham generasi, kita faham manusia.

Kerana kesihatan itu milik semua.

Dan setiap generasi, walau berbeza, tetap perlukan ruang untuk difahami.

Sumber: Public Health Malaysia

Show More

Related Articles

Back to top button