Berita
40 NGO terima sumbangan kewangan daripada Aminuddin
PORT DICKSON: Sebanyak 40 NGO dari Parlimen Port Dickson menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Parlimen Port Dickson, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
“Sumbangan ini bagi membantu NGO-NGO ini menjalankan aktiviti mereka.
“Semoga segala aktiviti yang akan dianjurkan nanti dapat memberi manfaat kepada masyarakat di Port Dickson,” ujar Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan.