BeritaMenarik

30 Pengerusi dan Setiausaha JPKK DUN Johol terima watikah

JOHOL: Seramai 30 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Penggal 2023-2025 bagi DUN Johol telah menerima watikah pelantikan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, YB Saiful Yazan Sulaiman berkata, beliau telah mencadangkan 30 individu bagi jawatan Pengerusi JPKK dan 30 nama lagi bagi jawatan Setiausaha JPKK mewakili kedua-dua gabungan parti politik (Barisan Nasional dan Pakatan Harapan) yang seiring dengan konsep Kerajaan Perpaduan.

“Menjadi kelaziman, sukar untuk membuat keputusan bagi memilih bakal ketua kampung untuk mewakili suara orang ramai yang boleh menggalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

“Cabaran ini tidak menjadi penghalang untuk memutuskan individu yang selayaknya (selepas melalui proses saringan) menerima watikah tersebut.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas keprihatinan menyediakan dua buah bas bagi membawa Pengerusi JPKK dan Setiausaha JPKK ke Hotel Royal Chulan bagi menerima watikah.

“Saya mengucapkan selamat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kesemua Pengerusi dan Setiausaha JPKK yang dilantik,” kata Saiful Yazan.

Show More

Related Articles

Back to top button