290 pelajar cemerlang SPM Parlimen PD terima penghargaan

SENDAYAN: Seramai 290 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2024 dalam Parlimen Port Dickson telah menerima penghargaan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, sementara itu, 21 pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat PNGK 3.50 turut menerima penghargaan tersebut.
“Penghargaan tersebut adalah sebagai tanda usaha Kerajaan Negeri yang sentiasa menyokong kecemerlangan pendidikan di negeri ini.
“Pelbagai inisiatif dilakukan seperti Biasiswa Anak Negeri, Bantuan Anak Sekolah, Bantuan IPT, Bantuan komputer riba, Anugerah Siswazah Cemerlang dan pelbagai lagi.
“Semoga pengiktirafan ini dapat membakar semangat anak-anak untuk terus berjaya dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang,” kata Aminuddin.