Berita

Aminuddin salur sumbangan kepada PPD Port Dickson, sokong pembangunan pendidikan

PORT DICKSON: Usaha memperkukuh sektor pendidikan di Port Dickson terus mendapat perhatian menerusi penyerahan cek sumbangan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson.

Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sumbangan itu bertujuan menyokong keperluan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif pendidikan di daerah berkenaan.

Menurutnya, sumbangan berkenaan diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu warga pendidik dan para pelajar, selain menyokong usaha berterusan meningkatkan pembangunan pendidikan setempat.

Beliau turut berharap bantuan itu dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti pendidikan di Port Dickson, sekali gus memperkukuh usaha melahirkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

Show More

Related Articles

Back to top button