SEREMBAN: Sebanyak 4,000 unit Rumah Mampu Milik dalam masa lima tahun ditawarkan menerui manifesto Aspirasi Perpaduan.
Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ia selaras dengan Program Perumahan 1 Keluarga 1 Rumah dan juga Perumahan Belia.
“Selain itu, satu jawatankuasa Pasukan Petugas Khas untuk meneruskan pelaksanaan pertukaran status pemilikan tanah daripada pajakan kepada kekal.
“Pasukan Petugas Khas ini akan bertindak untuk mengenal pasti kawasan perumahan yang boleh ditukar,” kata Aminuddin.