BeritaMenarik

Kerajaan Perpaduan tawar bantuan kepada golongan belia miliki lesen motosikal

SEREMBAN: Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan menerusi Aspirasi Perpaduan telah menawarkan bantuan RM150 kepada anak muda golongan B40 untuk mengambil lesen motosikal.

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tersebut akan diberikan di dalam bentuk baucar.

“Selain itu, Aspirasi Perpaduan juga terdapat penyediaan prasarana kepada penggemar e-sport di negeri ini untuk generasi muda.

“Ia sekaligus membuka ruang kepada golongan muda melakukan aktiviti di samping dapat mencungkil bakat baru dalam bidang yang semakin popular itu,” ujar beliau.

Ini merupakan Teras keempat di dalam Aspirasi Perpaduan iaitu Belia, Wanita, Keluarga, Sukan dan Keusahawanan.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button