BeritaMenarik

Tuanku Muhriz mencemar duli berangkat ke lawatan Monumen Rukun Negara

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud telah berkenan mencemar duli berangkat ke lawatan Monumen Rukun Negara, di Dataran Seremban.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, YB J.Arul Kumar berkata, keberadaan Monumen Rukun Negara di Dataran Seremban sememangnya bukan sahaja menjadi pelengkap kepada projek menaik taraf Dataran Seremban yang berwajah baru, malah ianya merupakan satu mercu tanda untuk kita terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara dengan berpegang pada teguh kepada prinsip Rukun Negara.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Masri Razali dan Pengasas dan Penasihat Mines Wellness City, Tan Sri Lee Kim Yew.

Show More

Related Articles

Back to top button