Berita

Pelan Anti Rasuah Organisasi MBS langkah tangani isu rasuah dan integriti

SEREMBAN: Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Majlis Bandaraya Seremban(MBS) 2022-2026 merupakan langkah untuk menangani isu rasuah dan integriti dalam kalangan penjawat awam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelan tersebut dirangka khusus supaya dijadikan panduan seluruh warga MBS komited dalam membasmi gejala rasuah.

“Pelan ini juga mengandungi 58 inisiatif jangka panjang dan pendek yang sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri dalam Pelan Anti Rasuah Negeri Sembilan 2020-2024

“Dalam masa sama, MBS menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang pertama dalam membangunkan pelan ini.

“Justeru itu, saya berharap MBS dapat menjadi pihak berkuasa yang cemerlang tadbir urus dan bebas rasuah serta memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian Sidang Media Pelancaran Buku Pelan AntiRasuah Organisasi (OACP) Majlis Bandaraya Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button