Berita

DEEPAVALI: Sambutan Hari Deepavali DUN Klawang meriah

KLAWANG: Sambutan Hari Deepavali DUN Klawang telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada penganut Hindu di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir berkata, pelbagai juadah disediakan kepada para pengunjung.

“Saya juga turut memberikan sumbangan barangan dapur kepada 103 penganut Hindu yang hadir.

“Acara cabutan bertuah juga turut diadakan untuk memeriahkan sambutan.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini,” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button