Berita
60 pelajar terima sumbangan beg sekolah daripada Rafie
AMPANGAN: Seramai 60 orang pelajar telah menerima sumbangan beg sekolah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek di Balai Raya Kampung Ismail.
Mohamad Rafie berkata, penerima terdiri daripada pelajar tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.
“Di dalam beg tersebut turut disertakan buku tulis dan peralatan menulis.
“Program ini dilakukan supaya selaras dengan agenda Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi mengutamakan sektor pendidikan.
“Rekod pencapaian pendidikan di negeri ini juga amat membanggakan apabila mencatatkan prestasi terbaik enam tahun berturut-turut.
“Namun, usaha yang lebih kerap perlu dilakukan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan di Negeri Sembilan,” kata Mohamad Rafie.