
LENGGENG: Sebanyak 74 unit Rumah Mampu Milik di Taman Arowana, Lenggeng telah selesai diundi.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin harun berkata, 74 unit tersebut adalah RMM Type A yang berharga RM110,000.
“Sebanyak 605 permohonan diterima, namun hanya 108 orang sahaja yang melepasi syarat ditetapkan.
“Projek perumahan ini telah berada di peringkat 100 peratus bagi pembinaan bangunan dan 90 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur.
“Rumah ini dijangka akan boleh diduduki pada Mei ini.
“Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk memiliki rumah ini,” kata Aminuddin.
Aminuddin turut tambah bahawa Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyediakan kemudahan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan.
Aminuddin berkata demikian di Majlis Pengundian Rumah Mampu Milik Type A Taman Arowana, Lenggeng.