Kajian Penilaian Outcome Program Inisiatif Negeri Sembilan yang telah dibuat oleh Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan pada tahun 2022, melaporkan kira-kira 80 peratus penerima Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) berjaya mengembangkan perniagaan mereka ke satu tahap yang lebih baik.
Usahawan-usahawan ini juga telah mampu menggajikan pekerja, mempelbagaikan produk/perkhidmatan, meningkatkan produktiviti dan seterusnya meningkatkan pendapatan.
Terdapat juga usahawan yang menjalankan perniagaan dari rumah secara kecil-kecilan kini telah berjaya mengembangkan perniagaan dengan beroperasi di premis perniagaan.