Berita

98 mahasiswa terima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan

SEREMBAN: Seramai 98 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan daripada Exco Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek.

Mohamad Rafie berkata, semua pelajar menerima sumbangan wang tunai RM5,000 dan sembilan orang penerima akan dihapuskira pinjaman yang berjumlah RM139,000.  

“Secara keseluruhan sumbangan dan hapuskira pinjaman ini bernilai RM629,000.

“91 orang penerima terdiri daripada Intistusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tujuh pelajar daripada institusi luar negara seperti Mesir, New Zealand dan United Kingdom.

” Kesemua pelajar terdiri daripada graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama semasa tamat pengajian,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata demikian di Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Yayasan Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban.

 

Show More

Related Articles

Back to top button