Berita

Aduan tanah runtuh di Taman Forest Height akan diambil tindakan segera

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, aduan kejadian tanah runtuh di Taman Forest Height akan diambil tindakan segera.

“Saya bersama Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali telah melawat lokasi aduan tanah runtuh di sebuah kawasan projek perumahan di Taman Forest Height.

“Selain itu saya juga telah melawat aduan jalan berlubang di hadapan deretan kedai di Kampung Baru Rahang.

“Kedua-dua aduan ini telah dihantar ke pihak Majlis Bandaraya Seremban untuk tindakan selanjutnya,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button