Berita

Aishah santuni warga emas Felda Jelai 3 dan Felda Jelai 4

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Binti Seman @ Othman telah menyantuni seramai 14 warga emas yang menghidap penyakit kronik serta keluarga yang terjejas pendapatan terutamanya penoreh getah.

Aishah bersama Pengerusi MPKK Felda Jelai 3, Encik Nor Azman Ab Rahman dan Pengerusi JKKR, Encik Jumasri Rahim telah menziarahi dan menyumbang pek makanan serta sumbangan kewangan bagi menampung perubatan dan perbelanjaan seharian mereka.

“Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Wanita KeADILan Cabang Tampin, Puan Anusia Devi Kesavan; Ahli Majlis Daerah Tampin, Encik Hairul Anuar Shafiai serta beberapa AJK KeADILan Cabang Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button