Berita

Aminuddin beri bayangan belanjawan 2024 berteraskan manifesto

Aminuddin beri bayangan belanjawan 2024 berteraskan manifesto

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun memberi bayangan bahawa Belanjawan Negeri Sembilan 2024 berteraskan manifesto Aspirasi Perpaduan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 tempoh hari.

Aminuddin berkata, 10 Teras yang terdapat dalam manifesto tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Selain itu, ia juga akan bersifat inklusif merentasi sempadan politik, geografi dan kelompok masyarakat.

“Penyediaan belanjawan ini dilaksanakan secara teliti melalui pelbagai sesi perbincangan dan konsultasi untuk memastikan enam bidang tumpuan yang merangkumi kerohanian, infrastruktur, sosial, pertanian, pelancongan dan pentadbiran terus diperkukuhkan.

“Belanjawan kali ini juga merupakan belanjawan pertama di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Ini kerana Kerajaan Negeri Sembilan bertekad untuk menjadi negeri model yang bersatu padu, bertoleransi, saling menghormati, bertamadun dengan ekonomi yang mampan dan kehidupan rakyat aman makmur,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeridi Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button