Berita

SAINS bukan syarikat orang Melayu: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menegaskan bahawa Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) bukanlah syarikat orang Melayu.

“Ia adalah syarikat Negeri Sembilan dan di negeri ini terdapat pelbagai kaum lagi seperti India, Cina, Orang Asal serta bermacam lagi.

“Ini kerana saya mendapat laporan di Port Dickson bahawa sewaktu perayaan Deepavali tempoh hari mereka ketiadaan air selama empat hari.

“Walaupun begitu tiada sebarang maklumat disampaikan kepada saya.

“Kita tidak boleh sebegini, ketika perayaan Aidilfitri kita siapkan semua supaya mencukupi, tetapi apabila perayaan lain kita tidak kisah.

“Saya beri amaran, sekiranya saya mendapati perkara sebgini berulang lagi tindakan tegas akan diambil.

“Tidak kira siapa atau pangkat apa sekali pun,” tegas beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button